Bila Segalanya Berakhir.....



assalammualaikum w.b.t

Dear blog,

Hari ni bukan nak cakap banyak, cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni....dah lama dah simpan sebenarnya....nak tahu apa? ia adalah ujian terbesar dalam hidup...yang melibatkan HATI dan PERASAAN....kat sini bukan nak buka aib orang, mahupun cerita masalah sebenar..cuma sekadar ingin berpesan...kadang-II tiap apa jua yang datang, tak kesah la baik buruk pun sesuatu tu...hati perlu ikhlas dan redha...bila dah libatkan hati...tuk melepaskannya terlalu susah kan? Susah sangat sampai rasa sesak nafas tu...tapi apa boleh buat? Dah takdir yang mahukannya sebegitu rupa...Allah juga mahu yg terbaik untuk kita...SEDIH? Yup, memang hati sedang merintih sekarang..selalu hati ni bertanya, kenapa dan bagaimana boleh terjadi sampai macam ni..Kalau tak kuat, iman lemah....ida yakin jalan yang akan diambil adalah jalan singkat iaitu BUNUH DIRI...tapi alhamdulillah..semangat,dorongan,nasihat daripada teman-II buatkan ida kuat tempuhinya..dan yang paling besar sekali support ida, siapa lagi kalau tak Dia YA RABBI....Allah S.W.T....orang cakap, sabar tempuhi dugaan, insyaAllah akan temui jugak penyelesaian...yup,memang betul pun...Sebab ujian yang ida hadapi ni, jadikan ida lagi sabar dan tenang..walaupun kadang-II rebah di atas tikar sejadah...dengan airmata merembes keluar....rasa macam nak pengsan kat situ jugak...siapa yang tahu apa rasanya hati ni? Allah sahaja yang tahu kerana Ia Maha Mengetahui....ida tak anggap pun ujian Allah ni sesuatu yang main-II,tapi setiap ujian yang Allah bagi kat setiap individu tu yang membuatkan masing-II mempunyai tahap yang berbeza..Kalau tak,takkan lahir pemimpin-II yang bijak mentadbir....subhanallah..hebat kan? Satu je yang ida pegang tentang dugaan hidup...."Allah bagi ujian/dugaan kat kita bukan sebab tak suka,tapi kerana Allah rindukan rintihan,rayuan kita yang selama ni kita lalai tunaikan sehingga kita jauh dari-Nya.." walaupun semuanya dah berakhir....ida harap apa yang ida tunggu selama ni tak sia-II...sabar menanti waaupun perit..ida yakin, Allah akan temukan jugak apa yang ida nantikan...mungkin lebih baik dari itu? Siapa tahu kan? Amin ya Allah....buat insan yang terlibat....semoga kalian berbahagia di dunia mahupun akhirat....diri ini? Hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah sebab bagi ida rasa lega dan tenang yang teramat sangat...syukran Ya Allah!! :'D semoga tanggal 31 Ogos ini sebagai permulaan bagi hari-II ku menjadi lebih baik....



     love you,                               

1 comment:

sea_lavender said...

ida sayang are u ok dear,?? huhu~
sedih je entry nie..
anythg let me know if u wan to share :) teruskan luahkan pd Maha Pencipta kita.. Dia Maha Mengetahui segalanya..