Khasiat Buah Mangga Yang Belum Kita Ketahui!

assalammualaikum kawan-II :)

nak tanye, korang pernah tak makan buah mangga? hehe..mestilah pernah kan..untuk sesiapa yang sukakan buah mangga tu, alhamdulillah teruskan meminatinya...dan jugak buat korang yang kurang suka makan buah mangga, lepas ida dah bagi info ni, confirm korang makan..hehe..

Ni lah buah mangga..orang Malaysia kalau tak tahu buah ni, tak tahu la apa nak cakap..hehe
Nampak sedap kan? Licin je kulit dia...hehehe..Sejarah buah mangga ni sebenarnya berasal daripada negara India...tanaman mangga ni kemudiannya telah menyebar ke serata dunia termasuklah negara kita, Malaysia...ida rasa tak semua tahu pasal khasiat buah ni kan? Same goes to me, ida pun sama hehe..tapi lepas dah baca khasiatnya yang bagus untuk kesihatan ni, ida rasa ida patut share dengan kawan-II ida..nak tahu khasiatnya? Let's check it out~

Nampak SEDAP!hehe
KESIHATAN MATA
Selain kaya ngan vitamin C, mangga jugak mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Semangkuk hirisan mangga mengandungi sekurang-kurangnya 25% keperluan harian vitamin A yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Penyelidikan jugak mendapati bahawa buah mangga mampu mencegah pelbagai jenis penyakit yang berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata. Hebat bukan? Khas untuk golongan yang ada masalah mata ni, makan lah buah mangga ye :)

PENCERNAAN
Mangga juga mempunyai enzim pencernaan yang dapat membantu pemecahan protein dan membantu proses pencernaan dalam badan kita. Perasan tak kalau kita makan mangga, mudah je sakit perut? Haaa itu bagus kerana cukup dengan makan mangga kita akan tahu keberkesanan proses pencernaannya. Buah ni juga mengandungi enzim yang dapat menenangkan perut dengan mencegah keasidan dan sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Haa buat siapa-II yang selalu sembelit tu, cubalah buah mangga ni..confirm lepas ni jarang dah sembelit...hehehe 

KELANCARAN HUBUNGAN SEKS
Err...jangan fikir yang bukan-bukan ye kawan-II ni fakta je..boleh abaikan yang ni..=.= Kandungan vitamin E dalam buah mangga ni mampu meningkatkan dorongan seks seseorang kerana ia dapat mengatur semula hormon seks dalam tubuh..

MENINGKATKAN MEMORI INGATAN
Buah mangga mempunyai kandungan jumlah asid glutamik yang cukup. Menurut kajian mendapati bahawa gabungan ini sangat bermanfaat khususnya untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Jadi, buah mangga ni sesuai untuk pelajar macam ida ni yang masih study lagi kan..:)

KULIT BERTAMBAH LEMBUT DAN CERAH
Buah mangga adalah pilihan terbaik bagi yang prihatin terhadap kesihatan mereka. Mengambil mangga untuk dijadikan sebagai diet dapat membuatkan kulit anda lebih lembut dan sihat. Menurut satu rencana kesihatan dan kecantikan, menyapu kulit mangga ke wajah selama lebih kurang 10 minit setiap hari dapat mengeluarkan kotoran dari pori-pori yang tersumbat. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan jerawat yang merupakan masalah kesihatan kulit muka yang paling tidak disenangi oleh golongan yang mementingkan seri wajah terutamanya wanita. Hmm ida baru tahu pasal benda ni jadi nak cubalah untuk kurangkan masalah jerawat ni..kawan-kawan apa tunggu lagi? nanti pergi pasar beli lah buah MANGGA ye. Hee..

orate : make a speech, especially pompously or at length

Sekian berceloteh,

No comments: