Hadiah Terakhir 2012

assalammualaikum w.b.t

dear blog,

hari ni, hari terakhir bagi tahun 2012, yang tak mungkin akan kembali lagi.. bagi diri ida, banyak dugaan dan cabaran yang ida terpaksa tempuh. Bermula dari awal tahun, satu kejadian yang ida tak pernah sangka jadi kat diri ini, setiap hari ada saja yang nak ditangisi.. tapi hati ni memujuk, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. semakin nak lupa, semakin dekat ia datang. Peristiwa pedih terus berlaku bila dapat keputusan tawaran ke menara gading, hidup rasa tak mahu di teruskan, hajat ayah untuk tengok anak perempuan dia jadi doktor tak kesampaian. hati merintih, meronta nak kan kolej swasta.. tapi bila memikirkan saat mak ayah yang bersusah payah nak cari duit, mungkin tak mampu nak sara belanja yang banyak. airmata yang jatuh, kembali tenang dengan pujukan abang-II tersayang, ingin juga melihat ida bangkit menjadi seorang engineer. Tetapi, satu sahaja yang buat ida rasa bahagia sangat-II tahun ni, kehadiran dua ibu dalam hidup ida...yang pertama, ibu yang melahirkan ida. mak ida tersayang.. :) yang kedua, ibu yang sangat senang menyayangi ida, segala penat jerihnya membuatkan ida sayang kepadanya seolah-II terlalu lama mengenali. ia adalah mama :) saat keduanya ditemukan, terasa senang sekali.. kedua-II dapat menerima baik antara satu sama lain. kehidupan mak dan mama yang ida rasa, kisah ibu yang amat hebat sekali.. sanggup berpenat lelah mencari rezeki untuk anak-II.. mak, seorang ibu yang langsung tidak memikirkan keselesaan dan kemewahan dirinya, tiada seutas emas pun pada dirinya, hanya memikirkan keselesaan, keperluan anak-II dari kecil hingga besar. mama, seorang ibu yang saat kuat, disaat beliau mampu berdiri tanpa pemimpin di sisi, mampu tersenyum walaupun dalam diri ia menangis. kata-II mama yang ida tak kan pernah lupa, mama tak kan biarkan anak-II mama selagi mama mampu, walaupun hanya ada secebis wang. mak...mama...i love them both...really love them... itulah hadiah yang paling hebat untuk diriku untuk tahun 2012 ini... terima kasih Allah  :')



anak mak dan mama,

2 comments:

sea_lavender said...

ni ek nk cite ari tu.. mak dan mama ;) pengorbanan mereka sgt besar dlm kehidupan kte.. akk de mak dan ibu ;) hargai mreka dan doa kesejahteraan mereka snantiasa syg ~

Mujahidah Abul Jalil said...

ida tak kan lupa kak :)