Aidilfitri.... adakah masih ada kebahagiaan itu?

Assalammualaikum...hai bloggers.

hari ni 27 Ramadhan kan.. dah nak habis.. orang cakap malam tadi lailatul Qadar. yeke? huhu. wallahualam. siapa yang qiam tu alhamdulillah. ida tak sempat nak qiam sebab malam baru balik dari hospital. semoga Allah sentiasa berkati kita insyaAllah. sempat ke tak takpela. guna masa yang ada untuk buat amal. ingatan untuk diri ni jugak.

hari Khamis kan--

apa yang hari Khamis tu? apa? raya kan. huhu. dulu masa kecik kecik teringat abang abang paling beria masa malam raya. disebabkan along tu takut mercun, so kami buat UFO guna kertas. bakar hujung dia then dia naik. pastu melompat entah apa apa. haha. masa kecik dulu yela, seronok gila kan? sebab masa kecik.. takda masalah sangat. ada masalah pun takda lah besar mana. bila dah besar, ada je ujian datang. nak tengok kita mampu ke tak. sebenarnya kita mampu je. cuma biasalah manusia. ada sakit, ada peritnya. Raya kali ni macam mana? Hmmm. Ida tak tahu nak cakap apa. nak kata gembira tu tak. nak kata seronok pun tak. Sedih? Mungkin.... raya ni takde ayah. kot. hmm.

Ramai orang cakap. Moved on ida. Let go. Kalau fikir tak selesai jugak, baik takyah fikir. Hmmm. Bukan macam tu. Cumanya entah. Bila ia ada kaitan dengan hati. Susah sikit. Semalam... mak ada cakap pasal hidup. Apa erti hidup? Mak cakap... hidup ni tak seindah yang disangka. Macam dalam novel, dalam tv. Mungkin ada laa sikit sikit kena. Tapi kadang kadang fake je semua tu. Mak cakap... jangan ikutkan perasaan, kalau tak mak pun tak kuat macam sekarang. Nak sedih sepanjang masa? Kalau mak sedih je, apa pun tak jalan kakk... masa tu.. ida boleh tengok yang mak kuat. kuat sangat bila diuji dengan macam macam. orang luar yang tak faham, mesti akan cakap yang negatif.. Padahal diaorang tak tahu, apa sebenarnya yang terjadi.. bukan nak mengeluh. bukan nak merintih. cuma luahan je. Selalu jugak kalau depan tv tu duduk berdua je dengan mak.. start la conversation kami. Sebak.. bertakung je airmata tapi tahan selagi mak tak nampak. Rasa nak cerita semua kat mak. Tapi diri tak kuat lagi...

Tak sedia lagi mak--

nanti... kalau akak dah sedia akak cerita everything kat mak.. salah diri ni jugak rapat ngan ayah je. semua ngadu kat ayah. sekarang bila dah jadi macam ni mula lah terkapai kapai. takpa. Allah ada, mengadu kat Dia kan? :') Aidilfitri ni takda makna...bukan sebab tak bersyukur.. tapi entah.. tak rasa lagi kot manisnya raya tu. Setiap hari, setiap pagi mata ni celik je. Rasa nak tutup rapat balik. Rasa taknak bangun. Sebab perkara pertama yang ida akan buat, menangis. Tak tahu dah nak buat apa. Tu jela. Haha. Teruk betul. Tapi.. takda sapa nampak. Dan takkan bagi sapa sapa pun nampak. Hati sedih macam mana pun, ida nak senyum. Ida nak orang sekeliling gembira. Sapa nak marah ida, marah laaaaaaaaaa. Dah ida macam ni.. Ida bukan mintak apa pun. Jangan risau.

Hati terusik--

Hati. HEART. LIVER. ramai orang sebut heart. padahal heart tu jantung. wuwu. Liver sebenarnya. tapi dah cliche kan, panggil jela ye dak? huhu.. Soal hati ni... paling rumit sekali.. sebab ia ada kaitan dengan emosi. Sapa sapa pun mesti macam tu. Confirm. Ida tak tahu la kenapa. kenapa. kenapa hati ni terusik. nak marah pun dah jadi. takda guna jugak. Makin jauh kita, makin sayang saya kat awak. Kenapa ye? ida tak tahu.. Ida cuma budak perempuan yang terusik hati bila awak datang. eh jiwang? biarla. Boo. Tak suka keluar je dari blog ni. Tiada paksaan. huu. Awak..... haiiii awak... hai awak yang buat tak tahu je tu. awak yang buat saya perasan kat awak. bad feeling actually. Jangan risau, saya tak salahkan awak pun. awak nak berdiam diri ke... nak ignore je ke... ehh. sama jela maksud tu. haha. hmmm.. awakkk... kalau awak rasa awak bahagia kita macam ni. teruskan. susah nak tinggal awak. kenapa. tahla. awak curi hati saya kot. pastu buat saya cakap sorang sorang. haha. mesti orang cakap saya gila. cakap sorang sorang. huu. mesti awak tertanya tanya, mengarut ah ida. haha. a'ah. banyak sangat merepek sekarang awak. lagi lagi masa awak takda. Hati ni sakit tapi akan tetap bertahan. Sakit sebab rindu perangai gila gila awak tu. Hati ni jugak menangis sebab tahan rindu awak. Cuma satu je yang saya mintak kat awak. walaupun hati awak ada orang lain..jaga diri awak sebaiknya. Awak, orang yang saya hargai sangat sangat. walaupun sekejap. tapi ida akan hargai sampai bila bila. :') Thanks. MF. Semoga raya ni lebih bermakna buat awak. Aminn. stay chill. sayang awak.

#p/s : awak tak baca kan? haha :'p .....SELAMAT HARI RAYAAA......





biar hati ini berbicara..

No comments: