Ayah, akak rindu......

assalammualaikum.

ayah--
abah--
papa--
walid--
abi--
daddy--
baba--

panggilan yang biasa kita dengar kan? bermula dari mata terbuka memandang dunia, sampai lah sekarang. Setiap orang mesti ada ayah bukan? Sama ada yang masih ada mahupun yang telah pergi. Jika tidak, kita takkan lahir kat dunia ni tanpa beliau. NEVER.

siapa rindu ayah? SAYA! SAYA! *angkat tangan* hehe. yea ida rindu. amat rindu pada gelak tawanya ketika dulu. ayah. dia yang paling memahami. dia yang paling rapat. setiap kali ada masalah, mengadu kat dia. kebanyakan anak-anak akan rapat dengan mak, tapi ida tak. more too ayah. :)

masa zaman kecik-kecik dulu--
ida dengan achik (adik) mesti berkelahi, nak suruh ayah dukung. haha. asal seorang dukung, yang seorang lagi jealous. sampai ayah penat layan dua dua. tapi muka manis ayah masih ida ingat sampai sekarang. dia berwirid mendodoikan kami setiap malam. tanpa JEMU. itulah ayah.

dulu ayah bagi semangat. masa umur 3-4 tahun. semangat sangat nak pergi sekolah. dah rasa macam besar sangat kot. haha. dia yang ajar melukis, mewarna, membaca. pernah sekali ayah bawak pergi pertandingan mewarna. ida dapat nombor satu. YEAY dapat beg! :D perasaan kanak-kanak masa itu-- faham jela, beg roda swan dengan hamper besar siapa taknak. mahal kan.

masa umur 5-6 tahun--
ida ada hari graduasi budak tadika. ayah hadir bagi semangat. masa tu la berlipstik bagai. haha. first time bersolek siap pakai baju harry potter tu. tangkap gambar dengan ayah. ingat lagi senyuman ayah masa tu. bahagianya ayah walaupun hidup susah. :')

masa berlalu--
ida membesar jadi budak sekolah rendah. ayah masih ada cuma busy sikit. tapi tak lupa kat anak-anak. tiap kali result peperiksaan keluar. berlari dapatkan ayah tunjuk buku laporan. nak dengar ayah cakap bagus. tu pun dah cukup buat ida bersemangat untuk belajar. dari dulu ayah pesan, anak ayah ni jadi doktor okay? takpelah abang abang semua tak dapat nak jadi doktor sebab masing masing fobia dengan darah. ida angguk tanda setuju. dari kecik dah semai dalam hati nak gembirakan ayah. nak rawat ayah nanti.

suatu hari--
masa dalam kereta kancil hijau. ida nampak uban ayah dah ada sikit sikit. sebak. ayah dah nak masuk 40 tahun masa tu. dalam hati dan fikiran ni terbayang macam macam. ida taknak ayah pergi lagi. nak hidup dengan ayah lama lagi. biar ida mati dulu pun tak apa. last last ida nangis. :') budak budak.

masuk sekolah menengah--
kena duduk hostel. eee tak suka! first time menangis pegang kaki mak, taknak masuk hostel punya pasal. macam-macam benda buruk ida fikir. ida takut jadi budak jahat. haha. pemikiran budak tak matang. mak ugut. mak cakap kalau taknak duduk hostel pindah sekolah. disebabkan sayang kawan-kawan punya pasal. terpaksa masuk hostel dengan tidak relanya. masa tu berjauhan dengan ayah. tapi masih rapat. rapat macam biasa. ayah tetap caring. :') ayah berhenti merokok masa tu. muncit sekejap. hehek. pastu merokok balik. hmm.

hari berganti bulan--
diri makin besar. ida masuk asasi. Yeay dah besar! haha. minggu pertama masuk. orientasi penat. :( tetiba rasa rindu gila nak balik rumah tengok mak ayah. masa on the way nak balik ada incident terjadi. the worst incident in my life. :( balik balik ayah berang. tersepak bakul terkena bibir ida. darah mengalir. :'( ayah how could you. hati tersentak. diri terkejut. mata berair. mulut berteriak kesakitan. tak pernah sikit pun diri ni kena pukul dengan ayah. tapi hari itu dalam sejarah. bermulanya jurang antara kami. dalam hati bencikan ayah sebab tak sayang akak. balik yang tiada erti. langsung tak bertegur dengan ayah. subhanallah. jahilnya diri tika itu. :'(

balik palam--
hati sebak. jiwa remuk. bibir sakit. lebam. selalu ayah yang hantar. tapi kali ni ida suruh mak hantar. takut dengan kelakuan ayah. on the way mak hantar ke terminal, handphone ida berbunyi "received one text message" macam biasa ida bukak. hmm. hati hambar. dari ayah tercinta. dalam text tu ayah mintak maaf. berbunga bunga ayat. hati lega tapi masih ada rajuknya. ida tanya mak, "should i reply his message mak?" mak cakap takyah. biar dia sedar yang kelakuannya salah. berang sampai cederakan anak. ida diam. hanya tunggu bas tiba..dalam hati ida rindukan ayah. ida nak cerita pasal orientasi tapi terbantut. :( hmm.

dua tahun berlalu--
ida ditakdirkan dapat masuk universiti teknikal malaysia melaka (UTeM) kos jurutera. Honestly tak terfikir pun nak masuk kos ni. ida nangis lagi. cengeng. haha. hmm. perkara pertama yang ida fikir. anak ayah tak dapat nak teruskan hajat ayah. no more doctor ayah :( seharian pening memikirkan patut terima atau tak. ada dua pilihan. MSU dan UTeM. swasta dan kerajaan. mak cakap tak kesah. tapi hati berbelah bagi memandangkan sedar diri bukan orang senang. keputusan dicapai. buat pertama kalinya masuk kos yang takda dalam list akal pun. nampak muka ayah macam tak happy. tapi akak janji akan belajar sungguh sungguh ayah. AKAK JANJI.

20 tahun--
dah lama bersama mak dan ayah. tapi tak. ida nak lama lagi. selama-lamanya. dan macam macam dugaan timbul. ayah makin lama makin jauh. sibuk dengan dunianya sendiri. masing masing sibuk dengan hal sendiri. ayah dah tak tanya macam dulu. dah tak senyum macam dulu. selalu marah. selalu berang. selalu merajuk. mak cakap ayah sakit. :'(

ayah-- akak rindu. rindu saat ayah gelak sakan dengar anak anak buat lawak. rindu ayah ketawa bergurau dengan mak. rindu ayah bawak kami pergi jalan jalan. rindu nak dengar ayah sampuk kesalahan bila akak baca Al-Qur'an. rindu nak makan masakan ayah walaupun megi je tapi paling sedap. rindu ayah. rindu nak duduk sekali bercerita. rindu nak ayah pujuk. akak cuma ada ayah. only you understand me. :'( saat akak kucup pipi ayah setiap kali balik. sebak. takdapat bayang ayah tiada di sisi. akak cuma nak ayah kembali seperti dulu. ayah akan jadi macam dulu kan? rindu. rindu sangat. terlalu rindu sampai airmata ni pun takda guna. teringin. ramadhan dah dekat sangat. esok puasa. berharap sangat bulan ni bermakna buat kami sekeluarga. terlalu berharap. amat berharap.

ya Allah, kuatkanlah ayah. sembuhkanlah beliau. dia jantung hatiku. kini dan selamanya. sungguh aku rindu.



akhir sekali. lagu untuk ayah. ayah suka sangat lagu ni. suka sangat sangat. ayah... mak, abang abang, achik, adik and i miss you. cepat sembuh ye. :')





anak ayah yang degil,

1 comment:

sea_lavender said...

gurl. u wat i nangis baca entry kali ni :'( ayah ida tak sihat ke? da ok skg? moga ayah ida cpt smbuh.. smpena Ramadhan bulan penuh berkat ini.